kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, May 29, 2011

Cekodok Betik Masak

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera...
Ni sepatutnya jd entry smlm tp duk peram dulu sebab byk sgt mende nk cite smlm. Ada org sekitar kawasan cni buat solat hajat, pastu adik sy pon makan kt luar. Jadi, terkenangkan betik masak ranum yg fresh itu, terfikir pulak nk masak apa ye? Duk bukak MyR, teringat resepi cekodok betik yg dh lama nk buat tp sampai skrg tak terbuat. Bila dh bukak, adus...haru tak terkata bila tuan punya resepi duk sebut2 nama kita. hihih... Sungguh....Memang sy x sedar langsung pasal tu sbb pada tarikh itu, tenet di rumah sy ada prob selama 11 hari, hokay! Jadi, apa pun, dh jumpa balik resepinya, dh buat pon, dh selamat masuk perut pon. (minta izin C&P ye)


Cekodok Betik - Resepi asal oleh Zsrina

  • Sebiji betik anggaran berat 1kg
  • 2 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self raising) tambah / kurangkan jika perlu
  • 1/3 cawan gula pasir (ikut tahap kemanisan betik ye)
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Bersihkan betik, kemudian di belah dua & sudu isinya ke dalam mangkuk. Jika isinya agak keras bolehlah di rebus dgn sedikit air.
  2. Lecek betik bersama gula & garam. Jika di rebus biarkan sejuk seketika. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Seperti membuat adunan cekodok lain jugak x keras x lembik...sederhana
  3. Bolehla di goreng & makan....

Bahan2 sgt simple n penyediaan yg sgt mudah. Rasanya kawan2 lain pon boleh cuba tu. Tak ramai yg tau betik pon boleh dibuat cekodok termasuklah sy. So, rajin2lah cuba ye!

ayah beria betol makan sambil tgk bola Kelantan VS Pahang (eh, betol ke?) Pastu siap tdo depan tv lagi sbb nk berjaga tgk Barcelona VS MU. Naseb baik MU kalah. Tak habih2 dia duk puji Barcelona. Hmm...pape la ayah...

lupa nk tambah. Saya tambah 2 sb tepung jagung utk merangupkan lagi cekodok ni. 
Terima kasih tuan resepi ye!


6 comments:

ibuintan said...

wah..pestime tau ni... tak tau pulak betik boleh buat cekodok

tunggu betik masak dulu, nak cuba jugak... trima kasih

nuwairani ismail said...

tula ibuintan...cikgu nuni pon baru tau jugak ni.betik mmg feveret ayah. yela, asik makan yg mentah aje, kekadang nk jugak rasa kelainan.tu pasal buat cekodok.

IXORAROXI said...

1st time akak tahu ada cekodok betik..biar betik :D

nuwairani ismail said...

sy pon x caya jugak. last skali, try buat.ala2 cekodok pisang le lebih kurang.

elzanfresh bake said...

apa nak dibuat dengan betik masak ni....dah terfikir juga nak buat cekodok... tp x pernah dengar, x pernah tengok dan semestinya x pernah rasa sehingga google dan terjumpa blog ni... nuwairani ismail terima kasih kerana berkongsi resepi yang blum pernah rasa.Tak sabar pulak nak cuba, tp kalau x de tepung naik sendiri bleh tak? kat umah ni tepung gandum ada laa... :(

nuwairani ismail said...

kalo tak ada boleh buat sendiri..1 cawan tepung biasa + 1 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil baking soda.