kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, May 14, 2011

Ceramah lagi...

Assalamualaikum...selamat sejahtera...

Setelah 4 minggu berlalu (selepas terpanggil ke SK Sentosa Jaya), hari ni sekali lagi terpanggil utk memberi ceramah di SK Paris pula. Pada awalnya sy memberitahu guru kaunseling di sana bahawa sy susah utk bergerak krn ada masalah pengangkutan. tapi gurunya sanggup jugak drive 40 minit utk mengambil dan menghantar sy ke sekolah tersebut. sebenarnya dr minggu lalu lagi GBK SK Paris menghubungi sy utk menjemput berceramah. tapi sy cuba menolak dan memberi cadangan agar memilih guru2 dr sekolah yg berdekatan terlebih dahulu. malangnya masing2 ada urusan sendiri. akhirnya, sy terpanggil juga ke sana...

Pada awalnya, risau juga. maklumlah, kite ni org baru belum biasa lagi berceramah. tapi sy cuba juga ubahsuai slide yg ada mengikut kesesuaian pelajar. Di awal sesi ceramah, kelihatan Guru Besar masuk ke dalam dewan (kawan lama). tapi sy teruskan ceramah mcm biasa. budak2 dh mengantuk sebab smlm tidur jam 11 kemudian bangun jam 2.30. kesian kan??? jadi, sy tayang video rancangan realiti Jepun berkenaan kanak2 umur 4 tahun yg diajar utk berdikari. dalam video tersebut, kanak2 berkenaan dikehendaki menghantar 3 ekor ikan mentah yg besar dan berat ke sebuah kedai utk disiang (buang kulit dan tulang). isi ikan tersebut akan dihidangkan sbg makan tengah hari mereka iaitu sashimi (betol ke). tugasan kedua, dia kena beli buah epal & oren (buah2 di jepon sgt besar ya) dan tugasan ketiga, dia kena beli tisu dapur 2 gulung. anda bayangkan perjalanan yg jauh yg memerlukan dia membawa semua brg2 tu balik dgn hanya jalan kaki! jalannya pula berbukit bukau. mcm2 la cabarannya tu seperti ikan yg dibawa jatuh (2 kali), buah epal yg bergolek2, terpaksa lari lagi kejar epal (2 kali). hmm...sgt sedih...

Sebaik sahaja habis tayangan...sy tengok Guru Besarnya mengelap air mata... Mungkin terharu dgn cerita yg ditayangkan. mcm guru besar pula yg ikut kem motivasi. sy cuba kaitkan dgn situasi pelajar di mana mereka mempunyai matlamat dan ada tugasan yg perlu dibuat. sepanjang perjalanan utk mencapai matlamat, pelbagai dugaan dan cabaran yg datang, tetapi kita mesti bersemangat juga utk berusaha sehingga berjaya. harap2 pelajar calon upsr SK Paris yg seramai 57 org itu sedikit sebanyak dapat memahami mesej yg disampaikan.

Ceramah selama 2 jam berakhir dan sbg tanda penghargaan, pihak sekolah memberi sedikit sumbangan dan cenderhati...(suke tak terkata sbb skrg tgh pokai gile!!) terima kasih kpd pihak sekolah krn memberi kepercayaan terhadap sy utk mengendalikan sesi kali ini...jumpa lagi di tahun2 depan ye (kalau sy belom pindah).

p/s : kagum guru2 di sana mendengar sy bercakap bahasa Sabah (padahal x sampai 3 tahun lagi di sini)

8 comments:

Along Maklong said...

best..!! entah kenapa makcik pun ikut kesat airmata.. macam guru besar tu.. baca kesah ni.. huhu..

Nuwairani said...

belom tengok ceritanya lagi maklong...sy tgk sorg2 pon dh menangis mcm nk melalak.

IXORAROXI said...

Syabas Nuni, semoga terus menjadi guru yang cemerlang, tanpa pernah jemu mendidik anak bangsa menjadi cemerlang dunia akhirat

Nuwairani said...

kak ixora : terima kasih atas kata2 semangat itu...dh mmg itu tanggungjawab yg perlu dilakukan...akan berjuang sehingga hujung nyawa...

Maira Anjami said...

sye pon bleh nangis2 tgk cite pasal bdk2 kecik yg diberi tugasan mcm kene gi kedai sniri ke,wat jus sendiri ke,petik sayur sendiri ke dll..yg sye slalo tgk cite 'hajimete no otsukai'..x tau la kak nani tgk yg mne tp lbh krng sme kot..mmg terharu..dan dak2 kecik tu sgt comel!

Nuwairani said...

iya! betol la rancangan tu maira.kak nani donlod yg panjang, tp tayang yg 20 minit je utk budak2 tadi. sgt kagum! pastu kite jd mcm tukang alih bahasa plak (mcm la pandai sgt nihongo)

Maira Anjami said...

hahaha..kak nani kan ade mr google^_-

Nuwairani said...

huhuh...tula pasal.....