kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, May 14, 2011

Green Velvet with Cream Cheese Topping!

Assalamualaikum... Hadoi....dah 2 hari blogger ni bengong2 sikit, hari ni baru dapat ye. Penat betol 2-3 hari ni. mcm byk mende nk kene fikir. alhamdulillah selesai jugak hari ni... nak ceritanya sebenarnya smlm besday sy! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! ehehe... lama duk fikir, nk wat kek apa ya biar nmpk spesel sikit? balik2 kek coklat, brownies, buttter cake, mcm bosan jugak ye! kali ni sy buat red velvet versi hijau untuk besday yg ke 26 tahun...alhamdulillah dipinjamkan nyawa oleh Allah sehingga saat ini.... oklah, seperti yg dijanjikan, hari ni nk tayang la kek deco yg x seberapa itu...huhuh...

resepinya sy ambil drp MyR, Kek Baldu Merah (red velvet cake) oleh ila ahmad


Bahan-bahan ( 9 inci / 23 cm )

  • 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
  • 1 SK garam
  • 2 SB sebuk koko 
  • 1/2 cwn mentega
  • 1 1/2 cwn gula - sy guna 1 cawan je
  • 2 biji telur
  • 1 SK esen vanila
  • 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit) - sy guna 1 sb cuka
  • 2 SB pewarna merah (resepi asal) - sy guna warna hijau 1 sb
  • 1 SK cuka
  • 1 SK baking soda - sy tersalah bubuh baking powder (naseb naik jugak)
  • BAHAN TOPPING
  • 250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.
  • (sy guna 125 g cream cheese, 125 g butter, 1/2 cawan gula icing, 1 biji limau kasturi, 1sk vanila, 1 sb susu low fat)

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
  3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
  4. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
  5. Masukkan pewarna merah.
  6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
  7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
  8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
  9. CREAM CHEESE TOPPING
  10. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
  11. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.
rupa asal kek sebelom deco.
lubang2 kt tgh tu gara2 cucuk pisau nk test dah masak ke belom

pandangan dekat

pandangan sisi

happy b'day nuwairani

 rupa penuh kek.
patut buat bentuk bulat la. senang nk hias.takpe, 1st try. lagipon ni guna plastik yg digunting sikit pada hujungnya. 

10 comments:

Sue's said...

Ooooooo.... Happy b'day to adik Nuni.... ha ha ha... tahniah sebab dah berjaya mendeco kek yang sedap itew...

IXORAROXI said...

Happy birthday Nuni...Moga dilimpahi rahmat Allah dan berbahagia selalu...untung pandai masak macam Nuni, birthday cake pun buat sendiri

Kak Rosaliza said...

assalam nuni...hepi belated besday,,,sama ngan besday ank akk.

cantik kek tu

Along Maklong said...

happy birthday sekali lagi nani..
cantik kek tu.. kreatip jugak nani kan.. jeles.. jeles.. hehehe..

nuwairani ismail said...

cheqsue : terima kasih. masih amatur lg. deco main hantam saja. xde nozzle pon mcm dia..

nuwairani ismail said...

kak ixora : x pandai sgt buat kek. cuma kedai kek yg sedap jauh. nak xnak kene buat sendiri. org2 kt cni makan aje walaupon x sedap. janji free! heheh. terima kasih atas segala doa..

nuwairani ismail said...

kak rosaliza : owh, yeke? ramai jugak kawan yg sama besday..terima kasih ka..happy belated besday utk anak akak juga..

nuwairani ismail said...

maklong : terima kasih byk2. xdela kreatif mane pon...main guna je bahan yg ada kt dapur. peralatan belom lengkap lagi..ini je termampu...

eppoo said...

malatops u'ollz! tergugat adik you! hahaaha. well done!

nuwairani ismail said...

hihihi.....aku tgh semangat deco mendeco ni...sero nok deco donut plok pahni.