kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, May 31, 2011

Menariknya Negeri Kelantan 1

Assalamualaikum...Selamat pagi...
Tak tau nk breakfast dgn apa pagi ni. Selalunya kalau dh ada lebihan nasik yg smlm,ayah takkan beli nasik dh pagi ni. Tapi sy berharap sgt dia beli nasik berlauk. kikikiki...(mcm dgr bunyi motornya je tu, dh ada nasik berlauk la nmpknya)

Ok, nk cerita pasal serba sedikit tentang bandar Kota Bharu (bg mereka yg tak pernah sampai ke KB).

Pasar Siti Khadijah diberi jolokan dgn nama ni sempena nama seorg usahawanita Islam pertama iaitu Saidatina Siti Khadijah (isteri baginda Rasulullah SAW) kerana majoriti peniaga2 di sini terdiri drp golongan wanita. Ini di bahagian bawah tempat jual kuih muih dan keropok lekor. Memang sangat meriah pada waktu pagi mcm ni. Sy x sempat nk snap setiap gmbr kuihnya (mungkin lebih 30 jenis kuih tu). Mungkin entry seterusnya (xtau bila tu)

kalau anda perasan, yg menariknya lagi, kebanyakan di kalangan mereka berbaju kurung walaupun terpaksa naik tangga turun tangga, meredah kawasan yg ada air ikan lagi...Hmm...sama ada penjual atau pembeli, sama saja semuanya (termasuklah sy pada ketika itu, sbb nk gi kenduri la katakan)

ini pulak di bahagian atas tmpt jual keropok2 kering. Yang ni kedai biras si Pejal, Kak Ziera. Hari tu dia tutup kedai sbb x sehat. Bayangkanlah, nama je kedai tutup tapi siap boleh tayang lagi brg2 kat luar mcm tu aje. Xde pulak org nk curik ek!

ini keropok malinja (org kelantan panggil), atau blinjo (org sabah panggil). rasanya pahit2 manis gitu. Bagi sy, sy suke keropok ni. Org kata selalunya org2 tua suke. (tuakah sy?)

yg ni pulak keropok udang. Sedap jugak. Cuma bg mereka yg ada alergi seafood tu bagus jgn makan la. Kang gatal tak tentu pasal pulak.

haaaaaa.....Yang ni feveret sy...keropok ikan parang...Serius sedap. Ntahla, stgh org x minat sgt. Tapi sy suke sbb keropok ni lembut pastu aromanya pon lain dr yg lain. Heheh...(pandai la haku promote)

sape2 yg berkunjung, boleh la kontek kak ziera ye. Orgnya baik, peramah, pastu bodek2 sikit, dapat la keropok free lagi.

yg ni deretan keropok yg dijual di sebuah kedai yg dibuka. Ada mcm2 jenis keropok. Pendek kata, sgt murah, sedap n xde kat tmpt lain la senang cite.

ini jarang2 sekali org perasan. Kalau di Kelantan, syarat utk buat sign board atau papan iklan mestilah ada tulisan jawi. Yes, Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mmg telah menetapkan begitu memandangkan ada di kalangan warga emas di sini (yg asal dr sekolah pondok) yg x reti baca huruf rumi. Contohnya atuk n nenek sy. Jadi, dgn ada tulisan jawi, memudahkan lagi warga emas seperti ini dan juga org muda seperti sy praktis baca tulisan jawi, hokay! 

p/s : ini belom lg sy snap gmbr adibah noor pakai tudung, maya karin, erra fazira yg pakai tudung. Ha....anda jangan pelik tau! Sila2 la dtg bercuti di Kelantan ye..

12 comments:

efa fairuz said...

hihihi..

uniknya kelantanku.. tak kire la g mana2 pun, kelantan jugak rasa paling best.. kan kan? sbb negeri sendiri kan..

lamo weh tok g alah ko pasar siti kadijoh.. huhu

Ashuran said...

gomo kelate gomo!!

AI said...

rambang mata tgk kuih2 yg dijual tu...kankan...rase nak beli semua...

ainnoraini said...

dah beberapa kali gi kelantan mmg seronok gi sane mcm2 ade..

Along Maklong said...

nani..

rindunya makcik kat kb ni..
macam2 yang tertinggal disini..
nasik tumpang.. rindu cek mek molek kt pasar siti khadijah.. dua kali beli tapi masih tak cukup.. keropok yang sedap tapi beli sikit.. bila nak beli lagi, tak jumpa dah kat tempat lain.. huhu..

nuwairani ismail said...

kak efa : kalau sy balik sni, x sah kalo x singgah di pasar siti khadijah.buke nok beli gapo pong, tp suko tengok kemeriahan pasar tu.

nuwairani ismail said...

ashuran : apa kaitan pulak dgn gomo kelate gomo ni???

nuwairani ismail said...

al : kuih kt cni mmg murah2.kalau karipap tu masih boleh dpt 4-5 ketul RM1. xde dh kt tmpt lain mcm tu.

nuwairani ismail said...

ainnoraini : sila2 la dtg kelantan lagi ye.mcm2 ado...

nuwairani ismail said...

tula makcik...kalau dh merasa makanan dr tmpt jauh ni mula la rasa rindu nk itu ini.padahal boleh buat sendiri.cuma rasanya x akan sama dgn yg org buat.

IXORAROXI said...

akak tak pernah lagi sampai ke negeri cik siti wan kembang ni :..dulu baby sitter akak orang kelantan, banyak kali juga ajak ke sana tapi belum sampai hajat lagilah nampaknya

nuwairani ismail said...

ai kak..takkan nk tggu dpt menantu org cni baru nk dtg..meh le...hheheh