Assalamualaikum...Selamat malam....
Hari nk dh bawak somtam gi tmpt keje, sebiji betik tu untuk 6 org makan je. Huhuh... Puas hati dpt buat sesuatu untuk kawan2... Balik je rumah, rasa lapar lagi... Tapi malas nk masak. Cik hosmate pulak dh beli bekal siap2, karipap RM3. Taktau la berapa ketul dpt tu. Tiba2 teringat, kan bagus kalau dpt buat inti karipap sendiri. Cari2 resepi di MyR, semuanya nk kene ada daging, sardin, ayam, ikan bilis. Kan dh x cukup bahan...Last sekali, sy bantai aje buat tanpa semua bahan2 tu, guna apa yg ada di dapur je...
Bahan :
1 sudu makan serbuk kari daging - campurkan dengan sedikit air
1 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang putih -tumbuk*
4 ulas bawang merah -tumbuk*
1 biji bawang besar -potong dadu
1 ketul kiub pati bilis
1 ketul kiub pati ayam
2 sb gula
1/8 sk garam
3 sb minyak untuk menumis
air secukupnya
cara :
- Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan bawang besar dan gaul sebati.
- Masukkan cili kering kisar dan goreng hingga kering.
- Masukkan serbuk kari, kacau hingga pecah minyak barulah masuk kiub ayam dan bilis.
- Campurkan kentang dan tuangkan air sehingga paras kentang tenggelam.
- Kacau rata dan masukkan gula seterusnya perlahankan api.
- Note : Oleh sebab letak 2 kiub perasa bilis dan ayam, tunggu agak2 air dh separuh kering, test dlu rasa masinnya.kalau dah masin, x perlu garam lagi. kalau kurang masin, baru masuk garam.
- Kacau dalam 5 minit sekali sehingga air kering.
- Sejukkan, sedia utk buat kulitnya.
kulitnya esok baru buat.dah dtg penyakit M.heheh
No comments:
Post a Comment