kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, June 11, 2011

Ulama yg perlu dicontohi

Assalamualaikum....
Selamat pagi...pagi ni sy bersiaran di KLIA sambil2 menunggu flight ke Sandakan. Dah lama betol x update blog. Byk yg nk diceritakan. But then, kali ni nk tunjuk 2 keping gmbar dlu...

 sy nk mengejar dia dr belakang, tp sebuk betol makcik ni ngn budak ni nk jalan pon susah.org nk snap gmbr kasi cantek pon payah.

ini pulak sy dh tggu awal2 kt depan. x guna flash sbb takot dia terkejut pulak. Subhanallah....sangat sejuk apabila terpandang wajah tenangnya....

Rasanya anda pon boleh teka siapa ulama yg dimaksudkan. Sy naik flight dr KB-KL jam 9.15 pg td. Dpt seat biz class lg. Nak ceritanya, sepanjang perjalanan, sy langsung x realize Tn Hj Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada bersama dgn sy dlm flight yg sama sehingga la tiba masa arrival.

Seat sy 1F, manakala beliau di seat 3D. kirenye selang 1 seat ajela di blkg sy. Masyaallah...Rasanya kalau menteri2 lain mungkin dh kecoh awal2 lg di airport KB dgn polis, bodyguard, pegawai trafik bagai. Tapi Tok Guru dtg cni sendiri aje. Bila sampai di airport, hanya seorg petugas MAS yg tggu depan pintu flight. Terasa sgt kagum dgn sifat merendah diri beliau, kesederhanaan yg ditampilkan, dgn pakaiannya yg biasa2 (bukan suit mahal2 mcm org lain pakai). 

Sy pernah nmpk Tok Guru dr jauh je sblm ni. Kali ni dpt tengok dpn mata sendiri, berdiri dgn jarak 1 kaki je dgn beliau. Seorg kawan pernah bercerita dgn sy (beliau sekampung dgn Tok Guru). Katanya, kalau Tok Guru dtg kenduri, beliau akan makan nasik sedikit sahaja dan walau macam mana sekali pun, beliau akan cuba utk habiskan semua makanan yg diambil. Katanya lagi, Tok Guru tidak suka pd sesetengah org yg taksub, memakan sisa makanan yg dimakan oleh beliau. Makanya, dia sentiasa menghabiskan makanannya selain drp utk mengelak pembaziran...

Hmmm...yg lain2...mungkin anda boleh cari maklumat sendiri. Sebagai rakyat Kelantan sejati, sudah semestinya inilah pemimpin terbaik dalam Malaysia yg pernah sy jumpa. 

4 comments:

AI said...

- pemimpin yg patut dicontohi...

Sue's said...

sukanya dapat tgk live...cheq sue xdop kesempatan lagi...

nuwairani ismail said...

Al : erm....sgt2 terasa segan bila terjumpa dgn beliau. Actually rasa bersyukur jugak la.kalau di Kelantan, susah nk jumpa live mcm tu sbb org selalu kerumun dia nk salam.

nuwairani ismail said...

CS : ini pon kebetulan aje. mmg langsung x sedar kewujudan dia dlm flight. Naik flight tadi pon pilot landing ok je, xde gegar pon.Cuaca pon elok, baik je. Agaknya sbb ada ulama sekali.