kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, June 2, 2011

Selamat Pengantin Baru Syahida & Ikhwan!

Assalamualaikum......Salam Bahagia....
Alhamdulillah hari ni dapur di rumah x berasap sebab ada 2 jemputan kenduri. Jemputan pertama di rumah jiran belakang rumah. Sy tak pernah kenal pon sebab org blkg selalu bertukar2 dan sy pulak jarang ada di rumah. Kalau ada pon, sy bukan jenis yg suke nk bercampur dgn org2 tua bergosip ni.

Jemputan kedua pulak sahabat lama sejak dr tingkatan 1. Beliau pernah duduk di sebelah meja sy masa tingkatan 1 dan sebelah katil lagi dlm dorm yg sama. Mcm2 yg kami harungi sama2 sehinggalah suatu hari dia dilantik jd pengawas dan sy kekal sbg pelajar biasa yg tidak dikenali di sekolah....

Kami ke sana tadi berempat dan semuanya di kalangan cikgu yg mengajar di berlainan negeri. Hmm...Seronok apabila dapat berjumpa kembali rakan2 lama..Jadi, sedikit kelainan pd kenduri Syahida ni sebab dia hidang menu ala2 kampung gitu. Kita tengok gmbr2nye di bawah ye..

ini rupa pelamin n orgnya....cantik sgt2!

kari daging, ayam goreng rempah, acar timun masak, ulam-ulaman, sambal belacan, budu, somtam, telur masin. best2! sy suke menu ala2 kampung mcm ni. Ada lagi laksa lemak Kelantan, pulut kuning, bubur kacang hijau...

ini pencuci mulut, cream puff, karipap pusing, kuih cara berlauk, kuih koci mcm2 perisa.

ini tart nenas sebagai buah tangan (ke org panggil ape ek) utk tetamu yg dtg

ini pulak bekas kaca utk teman2 rapatnya seperti sy! BEST! sy suke sgt kenduri yg mcm ni!

6 comments:

nonierahman said...

dia punya pencuci mulut banyak betul :)

nuwairani ismail said...

itu yg tak tahan tu kak nonie. sampai ke mlm pon masih kenyang lagi...semua kuih tu feveret sy pulak tu.

AI said...

abis ke nani makan tu...control sikit...hehehe

nuwairani ismail said...

hahah! kuih tu makan utk 4 org. 1 jenis, sebijik sorg makan. hadoi...jenuh jugak nk prabih sebenarnya.itu yg kenyang sampai ke mlm...

IXORAROXI said...

Nuni,esok2 awak buat yang lagi best, meletop daripada itu..jangan lupa jemput akak taw!

nuwairani ismail said...

aiyakkk~~ nk meletop tang mana tu kak?? nk ada bunga2 api ke?? kek yg ada lilin ke? heheh