kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, June 5, 2011

Fried Sardine Rolls (sardin gulung goreng)

Assalamualaikum....Pekaba???
Macam dh lama betol x update blog walaupun x sampai lagi 2 hari. Petang ni sy rasa mcm nk makan sardine roll. Jadi, belek punye belek, jumpa tin sardin dlm almari di dapur. Try la buat ikut sesedap rasa.

Fried Sardine Rolls

Bahan pastry :
2 cawan tepung
2 sm marjerin sejuk
1/2 sk garam
1/2 cawan air sejuk

cara :

  1. marjerin sejuk dipotong kecil2 kemudian dimasukkan ke dalam tepung dan garam.
  2. ramas2 marjerin sehingga menjadi serbuk roti.
  3. masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
  4. simpan doh dlm fridge untuk seketika.
Bahan Inti :
1 tin sardin saiz sederhana -asingkan kuah dan ikan
2 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah -ditumbuk
1/2 biji bawang besar -dipotong
3 batang cili padi/merah -dipotong
1/2 biji limau nipis -diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
3 sb minyak canola utk menumis

cara :
  1. panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. masukkan 3 sudu besar kuah sardin, bawang besar dan cili padi. Masak hingga layu.
  3. hancurkan isi ikan dan gaul bersama bahan tumis tadi. 
  4. masukkan air limau dan garam gula secukup rasa.
  5. agak2 air dah kering, boleh tutup api.
  1. canai doh mcm kita nk buat inti karipap tu. Letak inti sikit kemudian gulung rapat2. Jangan sampai terkeluar inti di hujungnya. Biar bertutup habis. Buat sampai habis, pastu boleh goreng sampai garing.
  2. SELAMAT MENCUBA!!!
rupa pon herot2 lagi sebab pestaim buat. Pasni nk try buat versi bakar pulak.

6 comments:

IXORAROXI said...

Herot2 janji sedap dik!Food court di ofis akak ada jual sardine roll ni..akak selalu gak beli sebab yang buat tu makcik2..dulu masa akak pregnant hari2 makan macam ketagih:D

Nuwairani said...

hihih...tula kak...setakat nk jamu mak ayah tu boleh la...

Juwita Jamaludin said...

Nani.. Takpe wakyu2 mcm ni nak belajar buat kuih.. Nampak sedap jr yg dah terpotonh ti

Nuwairani said...

KAK ITA kalau buat sendiri boleh la letak inti sepenuh-penuhnya..tu psal rupanya x cantik.heheh...nk sumbat inti byk2 punya psl.

AI said...

- rajin nyer nani...

- untung bakal asben...hehe

- kankan...

Nuwairani said...

huhuh....untung le sgt ye.ikan selar kuning dgn kembong pon bleh tertukar2 lg...