kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, June 7, 2011

Kerabu Jantung Pisang Kerisik

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Ni sebenarnya menu kedua makan tengah hari hari ni. Ayah dan mak ada jemputan kenduri kawen sebenarnya. Pastu bila ayah tengok sy masak asam pedas ngan kerabu ni, terliur pulak diorg ni. Siap makan nasik di rumah dlu sebelum gi kenduri. Lucu pulak. 

Jantung pisang ni asalnya ayah bawak balik dr kampung utk mamat bangla yg selalu bg kitorg buah betik ngan mangga tu. Tapinya, sy mintak ayah amik lebih sikit sebab sy teringin betol nk makan kerabu jantung pisang. Jadi, jantung paling besar ayah simpankan utk kami sekeluarga..

Kerabu Jantung Pisang Kerisik

Bahan :
1 bowl isi ikan selayang rebus *
1 cawan santan pekat
1 tangkai jantung pisang
1 cawan kelapa parut -digoreng tanpa minyak sehingga garing *
5 ulas bawang merah *
1 inci halia *
1 sk biji lada hitam *
3 batang serai - dipotong halus *
2 biji limau nipis
garam dan gula

Cara :

  1. Potong2 jantung pisang setebal setengah inci kemudian masukkan air dan rebus sehingga lembut. Warnanya akan bertukar jadi hitam. So, jangan pelik ye. Toskan airnya.
  2. Tumbuk bahan2 * sehingga hancur dan masukkan ke dalam satu bekas besar. Campurkan semua bahan2 tumbuk yg sudah siap, bersama isi ikan yg ditumbuk, dan gaul dengan jantung pisang yg sudah ditoskan airnya tadi.
  3. Curahkan santan sambil di gaul dan perah air limau nipis.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Siap untuk dihidangkan. 
kalau nk senang, perkara pertama, rebus ikan dlu, kemudian sambil2 tu rebus jantung pulak.

sambil2 tunggu ikan ngn jantung masak tu, boleh la kupas bawang ke apa

jantung tu mesti toskan air tau.kita xnak nanti kerabu ni berair.

lada hitam ni ditumbuk dlu sebab susah nk lumat (kalau nk tumbuk campur2 la). kalau nk tumbuk asing2, mana2 pon boleh.

kalau nk elak mata terpercik masa tumbuk bawang, tumbuk sekali dgn ikan dlm bawang

kelapa ni kita taknak tumbuk sampai keluar minyak. Cukup sekadar hancur2 je.

gaul sebati. Oleh sebab kita guna santan, jadi kerabu ni tak boleh terdedah dgn udara. Kene simpan dlm fridge utk tahan lama.

boleh tambah cili potong kalau nk pedas.

11 comments:

AI said...

- wah wahhhh...kerabu pulak dah...

- kene soh mak mentua bukak blog nuni nih...

- hehehe...biar dia tahu bakal menantu pandai masak...

nuwairani ismail said...

susah jugak tu kalo mcm tu.kang hari2 dia suruh kite masak..

Ida,Japan said...

airani....sedapnya jantung pisang, lama tk mkn..huhuu terliurbdh ni

nuwairani ismail said...

hihih...kt jepon, nk jumpa pisang pon susah kan...usahkan jantungnya...tape...tggu balik mesia nanti..

Sue's said...

mujo dok kg....buleh g carik jantung...kalu ok CH meleleh la jawabnya

nuwairani ismail said...

owh...yoko...? serupo negaru 4 musim plok.

CT Delima said...

As'salam Nani

telan air liur dulu..glupppp! hahaha. sedapnya kerabu jantung pisang. selalunya jantung pisang ni, kak ct celur dan cecah sambal asam jer nani. kalau kerabu ni first time lah tengok, jakun betul kan dan lom pernah makan lagi. hehehe

nuwairani ismail said...

jenis2 kerabu yg mcm ni mmg feveret family kitorg...mak mmg pakar bab2 kerabu.sy tukang tumbuk2 aje.heheh

IXORAROXI said...

akak ni memang tak reti nak buat kerabu.tak confident langsung nak buat..malunyaaaaa

nuwairani ismail said...

kak ixora : kalau dh biasa makan, dah tau rasa kerabu mcm mana.mesti pasni boleh buat punya.kasi kaw2!

Pertapa Tarung said...

Salam...
Puan, Nak mintak izin ambik resepi nie boleh?