kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, June 1, 2011

Mexican Bun (Roti Boy)

Assalamualaikum....Selamat Petang semua....
Hari ni sy lunch biase2 je (sayur sawi air + ikan gelama masin). So, tak terfikir nk upload gmbrnya di sini. Jadi untuk minum petangnya, sy buat spesel sikit iaitu Roti Mexico. Bagi mereka yg x pernah makan roti ni, mungkin ada yg pernah bau2. Kalau korg pernah naik Putra LRT lalu KLCC kemudian ada satu bau harum semerbak ala2 cappucino, mocha gitu...Haaaa....tu sebenarnya bau Roti Boy. Dulu ada juga dijual di Mid Valley (sekitar tahun 2004-2008) pastu sy gi cari balik mcm x jumpa dah.

Ok, tertimbulnya idea nk buat roti ni sebab.....sebab pe ek??? Macam ada nmpk satu entry tu di sini. Tapi sy x ambil resepi yg di situ. Sebaliknya di sini. Maapla ye..Org x blaja english education ni susah sikit nk translate resepi omputeh. Heheh...Tapi sebenarnya lebih kurang je resepinya. Ok, berbalik kpd cerita asal. Sy dpt panggilan telefon drp mak. Katanya ada 2 bekas petak drp jiran sebelah. Mak suruh pulangkan 0 mcm tu aje. Yela kan, org berbudi kita berbahasa. Takkan la nk pulangkan 0 mcm tu kan. Sy pon terfikir la nk buat roti ni. Jadi, meh kite tgk resepinya.

Roti Boy (Mexican Bun) 
resepi oleh : DianaA MyR

Bahan Inti :
100 g mentega bergaram dilembutkan - sy guna marjerin
1/4 sk esen vanila
35 g gula perang - sy guna gula pasir


Bahan Topping :
100 g butter - sy guna marjerin
80 g gula icing
2 biji telur - sy guna 1 je
3 sm serbuk nescafe dibancuh dgn 2 sb air
secubit serbuk kayu manis - sy x bubuh pon
100 g tepung serbaguna


Bahan doh manis :
500 g tepung roti - sy guna tepung gandum biasa
20 g tepung susu
75 g gula kastor - sy guna gula pasir
1 sk garam
1 1/2 yis
1 biji telur
170 g air / susu - sy guna air sbb dh guna susu tepung
60 g butter - sy guna marjerin


Cara :

  1. Inti Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. ToppingPukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  3. DohCampurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit
  4. Membentuk Roti Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
  5. Masukkan dalam bekas, bagi pada jiran di sebelah rumah anda..Insyaallah pasni dia balas roti Amerika ke, roti Hokkaido pulak ye!
untuk lebih senang, letak sebijik2 dlm cup yg mcm ni sebab toppingnya akan meleleh. Jadi, tidaklah mengotorkan sgt dulang anda tu ye. Oh ya, sy bahagi doh kpd 16 bahagian je.

pakai nozzle bentuk bulat aje.

oleh kerana nk perabih topping cream, sy letak byk2 dan hasilnya.....

meleleh2...tapi garing dan sedap. Kalau boleh mesti bakar api atas bawah baru garing bahagian atas dan masak bahagian bawah dan dalamnya.

kalau guna brown sugar, lg nmpk warna inti di dalamnya..CUBALAH!

p/s : ayah dh siap buat teh 0 ais lagi nk minum dgn roti yg sy buat.hihih

8 comments:

dZana said...

wah.. dah jadi mexico bun .. dr jauh dah terbau2.. akk pun pernah buat rspi di MYR tu.. bagi akk sama jer.. g beza rajin dgn malas jer.. hihihi

IXORAROXI said...

amboiiii rajinnya Nuni, ni boleh buat jual ni :D

bobhandburry said...

Wow sedapnye... creative dan menarik.. thanks sharing... senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Nuwairani said...

kak zana : gara2 tengok gmbr di blog akak la buat sy membuak2 nk menguli roti ni petang tadi.setengah kilo tepung bantai uli pakai tangan je. naseb tak terkehel.

Nuwairani said...

kak ixora : belom sampai tahap boleh jual lagi sebab bakar pakai oven kocik ha...sekali bakar 4 bijik je muat. nk perabih 16 bijik ni jenuh...aduh...

Nuwairani said...

bob : terima kasih...akan berkunjung juga ke sana. rajin2 dtg la lagi ye!

AI said...

wahhh...pandainyerrr...selalu mexican bun ni beli aje...huhu

Nuwairani said...

Al : xde la pandai mana pon. ni kalii kedua buat.tp masih jugak ada yg kureng2 lagi. kene improve lg next time.