Assalamualaikum.....saje nk kongsi info sikit. tadi ada org nk promote produk kesihatan di sekolah. so, dia offer utk cek kandungan gula dlm badan dengan bayaran RM5.00 seorang. dah alang2 jugak sy x pernah nk gi hosp cek, bayar jela RM5 tu. selalunya kalau kita nk cek kandungan gula dlm badan mesti puasa dlu. lepas buat pemeriksaan baru boleh makan @ minum. tapi tadi sy x puasa pon. kalau ikut rating kandungan gula yg normal bg org dewasa adalah antara 5-7 (xtau unit ape) bg org yg berpuasa. kalau x puasa mungkin boleh capai 7-8. tapi dlm keadaan sy yg tidak berpuasa ni, keputusan yg sy dapat adalah 6.3. alhamdulillah masih sihat....rata2 guru lain yg buat pemeriksaan yg sama xde plak yg kurang drp 7.3. hmmm.... memandangkan harga gula da naik hari ni, jadi marilah kita sama2 menjaga kesihatan tubuh badan untuk mengelakkan penyakit berangkai tu. pengambilan gula yg berlebihan dalm badan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti :
1. Kerosakan Otak
Sesetengah gula yg mengandungi bahan kimia yg berlebihan (gula yg tidak dibenarkan) boleh mengganggu sistem saraf di otak.
2. Flu Berpanjangan dan Hiperaktif pada Anak
Pada usia anak-anak, seelok2nya jangan terlalu memberikan anak makanan yg manis, seperti coklat, gula2 dan aiskrim. Berdasarkan penelitian, kebanyakan pengambilan gula berlebihan pada masa kanak-kanak dapat menimbulkan gangguan pada telinga, hidung, sehingga menyebabkan penyakit flu yang berpanjangan. Selain itu, perilaku anak yang banyak mengambil gula akan hiperaktif dan sukar diatur.
3. Karies pada Gigi
Pengambilan gula berlebihan menghasilkan lapisan kotoran di gigi. Lapisan ini akan merosakkan bahagian enamel gigi dan meninggalkan karies di gigi. Kecenderungan tersebut akan lebih besar peluangnya untuk terjadi jika kita mengambil minuman seperti Cola.
4. Gangguan Pencernaan, khususnya Usus
Gula yang yg berlebihan akan menyebabkan usus tidak dapat bekerja dgn baik
5. Obesiti
Kalori yg berlebihan akan diubah menjadi lemak dalam tubuh. Jika terjadi terus menerus, maka lemak tubuh akan berkumpul dan terjadi penimbunan lemak yang biasa disebut obesiti. Kesannya adalah menimbulkan gangguan dalam sistem peredaran darah, penyakit diabetes, darah tinggi seterusnya penyebab penyakit lemah jantung.
p/s : dipetik dr web dlm bahasa indon yg telah dialih bahasa (xde keje sampai sebuk translate bahasa)
6 comments:
Yang penting...lebihkan manis dalam senyuman yer... manis mcm senyum cheq sue gitew... aaaawwwwwwwwwwwwww
kwang3x.....mmg kene betol ayat tu ye.
kena hati-hati juga pengambilan gula tersembunyi dalam kuih muih yang manis..makan sekadarnya tidak berlebihan insyaallah tidak memudaratkan..akak pernah punya pengalaman kandungan gula 3.9, berpinau gak jadinya
nuni x pasti plak. kalau gula kurang dr 5.0 pon bahaya jugak tu. pendek kata semuanya mesti bersederhana...
salam kunjungan balas...
ayu tiak apa ya??
Wai, okey tak? Trharu bila ada kenalan yang duduk jauh..
terima kasih kerana sudi singgah ke blog ayu
PS:alhamdullilah. berkongsi info yang bermanfaat...terima kasih WAI
hihih...lucu plak. wai pon wai la..hmm...sama2 ayu...(kak ayu kot). sy ni muda lagi (perasan muda). salam perkenalan....sama2 kita kongsi ilmu di sini..
Post a Comment