resepinya sy ambil drp MyR, Kek Baldu Merah (red velvet cake) oleh ila ahmad
Bahan-bahan ( 9 inci / 23 cm )
- 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
- 1 SK garam
- 2 SB sebuk koko
- 1/2 cwn mentega
- 1 1/2 cwn gula - sy guna 1 cawan je
- 2 biji telur
- 1 SK esen vanila
- 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit) - sy guna 1 sb cuka
- 2 SB pewarna merah (resepi asal) - sy guna warna hijau 1 sb
- 1 SK cuka
- 1 SK baking soda - sy tersalah bubuh baking powder (naseb naik jugak)
- BAHAN TOPPING
- 250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.
- (sy guna 125 g cream cheese, 125 g butter, 1/2 cawan gula icing, 1 biji limau kasturi, 1sk vanila, 1 sb susu low fat)
Cara-cara
- Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
- Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
- Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
- Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
- Masukkan pewarna merah.
- Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
- Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
- sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
- CREAM CHEESE TOPPING
- pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
- sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.
rupa asal kek sebelom deco.
lubang2 kt tgh tu gara2 cucuk pisau nk test dah masak ke belom
pandangan dekat
pandangan sisi
happy b'day nuwairani
rupa penuh kek.
patut buat bentuk bulat la. senang nk hias.takpe, 1st try. lagipon ni guna plastik yg digunting sikit pada hujungnya.
10 comments:
Ooooooo.... Happy b'day to adik Nuni.... ha ha ha... tahniah sebab dah berjaya mendeco kek yang sedap itew...
Happy birthday Nuni...Moga dilimpahi rahmat Allah dan berbahagia selalu...untung pandai masak macam Nuni, birthday cake pun buat sendiri
assalam nuni...hepi belated besday,,,sama ngan besday ank akk.
cantik kek tu
happy birthday sekali lagi nani..
cantik kek tu.. kreatip jugak nani kan.. jeles.. jeles.. hehehe..
cheqsue : terima kasih. masih amatur lg. deco main hantam saja. xde nozzle pon mcm dia..
kak ixora : x pandai sgt buat kek. cuma kedai kek yg sedap jauh. nak xnak kene buat sendiri. org2 kt cni makan aje walaupon x sedap. janji free! heheh. terima kasih atas segala doa..
kak rosaliza : owh, yeke? ramai jugak kawan yg sama besday..terima kasih ka..happy belated besday utk anak akak juga..
maklong : terima kasih byk2. xdela kreatif mane pon...main guna je bahan yg ada kt dapur. peralatan belom lengkap lagi..ini je termampu...
malatops u'ollz! tergugat adik you! hahaaha. well done!
hihihi.....aku tgh semangat deco mendeco ni...sero nok deco donut plok pahni.
Post a Comment