Jenuh duk pikir nk masak pe untuk hari ibu ni, walaupun xde ibu dalam rumah ni. (tapi ibu kucing ada. Tengah tunggu masa nk bersalin tu). Godek2 fridge, ada la terjumpa ikan pari yg belom dimasak lagi. Kami beli di Pasar Sandakan dengan harga RM5 setengah kilo (sekilo ke setengah kilo ek? Lupa plak). Lebih2 kurang la harganya tu. Kalau nk banding ngan semenanjung, jauh la mahalnya tu. Jadi, kalau diberi pari dengan sy, mmg xde benda lain yg sy tau masak. Sebenarnya nk jugak cuba resepi Kak Besah yg guna santan tu. Tapi susah nk jumpa santan kat Kinabatangan ni.
Masakan ni berasal dari negeri Sabah yg sy belajar drp seorg nenek di Kampung Beluran. Beluran ni mmg dekat kawasan muara sungai. Jadi, pelbagai makanan laut dan sungai ada. Kadang2 kalau sampai musim udang galah tu boleh dapat dalam RM22 sekilo (6-7 ekor gred A). Pendek kata berpotensi utk gout la kalau tinggal di Sabah.
Ramai org x pandai nk masak pari sbb x tahan dgn baunya yg hanyir. Insyaallah resepi ni menjanjikan rasa yg tidak hanyir. Anda sendiri boleh cuba. Hmmm.... JOM!
250 gram ikan pari
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 inci halia*
5-10 tangkai cili padi* (ikut selera msg2)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa
Garam
Gula
5 sudu besar minyak untuk menumis
Cara :
1. Potong ikan pari kecil2, rebus sehingga empuk.
2. Tumbuk bahan2 bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4. Masukkan pari yg siap direbus dan hancurkan pari dalam kuali.
5. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata (kalau guna kunyit hidup, boleh tumbuk sekali dengan bahan lain).
6. Masukkan asam jawa (campur bijinya pon xpe)
7. Last sekali baru la perasakan dengan garam dan gula. (selalunya org letak serbuk perasa. Tp sy x letak sbb takut gemok. Ngeh ngeh ngeh.....)
8. Siap untuk hidang dengan nasik panas!!!
kurang menarik sikit warnanya sbb serbuk kunyit warna pucat
menu tambahan : sambal sotong tomato
ini plak pari panggang berempah
alhamdulillah....kenyang juga.....
3 comments:
perghhh...nuni nye menu berjaya membakor kesabaranku...
ikan pari ni paling akak suka sebabnya tak bimbang tercekik tulang.bestnya part udang galah tu..ishhh mujur tak mengidam :D
cheqsue : time hujung minggu je ckgu ni rajin masak. tengah2 minggu makan sardin je.heheh
kak ixora : mak nuni balik2 duk pesan suruh cek kolesterol. yela, duk sabah ni asik makan seafoof je. mcm nk dekat 2 tahun dh x membeli ayam.udang galah xyah ckp la...memang port dia kt kinabatangan ni.sg kinabatangan kan byk buaya...heheh
Post a Comment