kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, July 3, 2011

Roti Arab Dengan Serunding Bilis

Assalamualaikum...Selamat petang...(kat Sabah dah malam pon)

Syukur sangat2 cuaca hari ni baik...penuh jemuran di belakang rumah, jemur lagi kain di depan rumah pulak. Kering semua kain baju...Jadi, dalam panas2 ni sempat jugak sy menguli roti. Macam dah lama betol tak meroti ni. Sebelum ni dah buat serunding bilis dalam entry di sini. Jadi, nk lagakan dengan serunding tu petang ni, sy buat lagi roti arab macam dalam entry di sini. Resepi Roti Arab ni sy ambil drp Kak Fiza MyR. Memang lembut aje kejadiannya. Walaupun dah sejuk pon tetap juga lembut. Boleh try la. Oklah, sy C&P balik resepi Kak Fiza di sini ye.

ROTI ARAB
resepi asal : Kak Fiza MyR

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

  1. Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar. yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin, gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu. sambil tu tambah air sedikit2. uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai. tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain. tak mengapa jika adunan melekat ditangan, jgn tambah tepung.
  5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. Selesai perap, tumbuk2kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai. jgn terlalu nipis. agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. canai hingga habis.
  8. Apabila selesai semuanya boleh digoreng. semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan menggelembung. api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan. angkat dan toskan. siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

 Rasanya ni entry ketiga kot pasal roti arab. Saya memang gemarkannya!!
(sy buat separuh adunan boleh dapat 12 ketul)

16 comments:

Wattie said...

Salam Rani,
Fuhhhh....best ni roti arab...akak sukerrrrrrr.... Akak nak yang dalam pinggan tu leh...

EmbunRosaliza said...

Assalam nuni...sedapnya buat minum ptg roti arab ni..mlm tak mkn nasi pun dh kenyangkan. Kl ni pg2 mendung je, ptg baru panas

Nuwairani said...

kak wattie : ni dh mcm menu wajib pulak kalau ada lauk2 berkuah yg tak habis tu selain buat roti jala. boleh je nk yg sepinggan ni. meh la naik belon dlu...

Nuwairani said...

kak rosaliza : kt kinabatangan, mlm baru hujan. siang hari panas betol. malam ni memang dah tak makan nasik pon. kenyang makan roti ni je.

Mieza said...

Uhhhhh roti arab..suka! tapi blm pernah cuba sendiri...copy resepi dulu..nnt kita cuba..hubby suka makn dgn sambal sardin :)

Nuwairani said...

kak mieza : kalau akak bukak yg dlm MyR, ada cara bergambar. leh nampak sebijik2 cara kak fiza buat mcm mana. roti ni memang sedap. sejuk pon tetap sedap. kalau makan dengan kuah2, adus....kenyang tak payah makan nasik dah.

ciek niena said...

resepi roti ni cam senang je.. huhu.. bley try wat ni.. btw, tenks share respi ye.. awak taw, kat depan umah saya, diorang jual 80sen sebijik. huhu.. mahal oooo.. :)

suri solehah said...

sedapnya roti arab..mak mertua suka buat roti ni n cantik2 mcm nani buat..akak suka akan ngan kuah kari..sedapkan

tun_telani said...

sedap! dh lama akak simpan resepi ni.. kalau ikan dh jd perkasam dah nii.. hihi

kasihredha said...

tak pernah buat
biasa beli je
cantik akak tgok roti arab Nuw ni

Akak dah follow :))

Nuwairani said...

ciek niena : untungnya orang tu meniaga kalau boleh jual sampai 80 sen sebijik! dah ada resepi ni boleh la buat sendiri lepas ni. sy selalu buat separuh adunan je.

Nuwairani said...

kak suri : sy ni pon tahun ni baru belajar2 buat roti ni. dohnya lembut. pasni boleh la kot taruk inti pulak. heheh (suke hati je derhaka resepi org)

Nuwairani said...

kak tun : baik2 simpan tu...jgn sampai berkulat pulak...heheh

Nuwairani said...

kasih redha : terima kasih akak, sudi dtg jenguk pondok buruk yg tak seberapa ini...heheh...

bersama kak Es said...

kalau buat sendiri memang best .. sabab boleh makan panas panas kann

Nuwairani said...

kak es : boleh makan panas2 tu satu hal, pastu berbaloi2, boleh jamu ramai org...